Tuesday, May 20

pinjamkan.

tiada.
ya, semua bukan aku punya.
aku tak berharap apa.
tuhan yang susun cerita kita.

nanti tiba suatu masa.
bukan aku sahaja.
malah kau juga.
akan pergi ntah kemana.

bukan aku tidak ada rasa.
bukan aku tiada deria.
dalam hati ada berjuta rasa.
ada segala rindu sayang cinta.

tapi tahu kerana ia.
semua pinjaman dunia.
bukan milik aku semata.
diamkan menangis dalam hati saja.

tiada kata.
satu je aku minta.
moga tuhan bagi masa.
pinjamkan kalian lama-lama.

  


credit : momdad, aikimini, fruithearts, 🏹, wc, efusion, astechjazz dan semua.

Thursday, March 27

puisi iblis.....



Tingkah bukan kerana benci.
Biarkan ia menjadi mimpi.
Mimpi yang basi.
Tentang rindu ini.
Persetan sama duniawi.
Kerana ada sesuatu yang lebih Abadi.
Yang seharusnya ditaati.

#puisiiblis

sejuta kali aku kata pada kau dulu,
jangan bawa harapan punahkan aku,
biar aku jalan sendiri,
aku bukan budak lagi,
aku simpan semua jadi rahsia,
sebab kau, dia dan mereka,
aku pasak sebagai saka diri ,
supaya aku tak mati, hari ini.

#puisiiblis

macam mana bagus kau punya reputasi
bukan itu yang kau kehendak
lihat saja pak kopiah alim dan mat rempit
luar akal kan pikir cerita mereka
semua itu kerna terlalu sembunyi
kau takkan puas kalau ikut arahan dunia
berhenti saja puaskan duniawi ini
biar saja mulut jiran kampung kau
kerna yang kau mahu senyum bersama
bukan mereka, kau dan punya kau saja kan.

#puisiiblis

semua tuding itu salah kau
sampai kata aku buta pekak tuli
tak apa biar nanti mereka tahu
bila tiba terkene tulang hidung sendiri
pandai lah meraka terdiam bisu
kerna ketahuan hati aku sudah mati.

#puisiiblis

satu perkara tak mampu tipu lagi,
aku manusia penuh iri hati.

#puisiiblis


*idea semua ayat ni telus dan melimpah keluar masa aku tengah stalk TL @puisiiblis.. rerajin nanti try la stalk..ada banyak lagi.. tunggu la nanti bila tiba lagi.. hiks :)